Seawalnya memang aku ingin rehat sebentar tapi mikirkan senario politik semasa yg aneh lagi menarik, aku rasa perlu untuk memberikan suluhanku yg udah serat baget diotak mereng ku ini…. aduh!!!
Kisah terbaru of course tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yg buat hal bila dituduh meliwat lagi. Rata2 rakyat Malaysia yg menyokong beliau dan anti kerajaan menganggap ini sebagai fitnah yg sengaja diada-adakan utk menjatuhkan DSAI dan dianggap sebagai satu lagi konspirasi sama seperti yg dilakukan pada zaman Tun M dulu.
Lebih2 lagi ramai yg mengganggap kerajaan Pak Lah sedang menggelupur kepanasan bila parti kecil komponen BN di Sabah buat hal dgn undi bantahan di Parlimen. Cerita2 DSAI yg mengatakan ada 30 MP yg akan berpindah ke pembangkang, mula diterima akal walau dimulut keras2 menafikan.
Sesuatu harus dilakukan utk ini… gitu kata yg panas..!!
Sama ada benar dilakukan liwat itu ataupun hanya fitnah, kita lihat cerita ni dalam sudut yg lebih dalam pada kedua2 kejadian iaitu di zaman Tun M dan di zaman Pak Lah.
Ketika zaman Dr M, rakyat diberitahu secara sok sek tepi telinga bahawa ketika DSAI itu kuat di dlm UMNO dgn penyokong dan kedudukan yg tangguh, beliau telah memanaskan hubungan dengan Tun M yg menjadi PM ketika itu. Panas bagaimana Abg Bear tak boleh diulas, nanti kena saman.
Tun M yg kurang senang dgn tari dan gendangnya DSAI, telah memecat dan mencetuskan kekagetan politik di Malaysia yg sesungguhnya belum pun pulih dari kekagetan ekonomi yg menggila ketika itu.
Mengapa DSAI memilih saat2 kritis begini utk memukul gendang perang terhadap boss nya itu?? Satu sebab bahwa beliau merasakan tapak injak kakinya udah keras betul tanpa mengambil kira bahawa boss nya itu masih punya kuasa yg banyak walau kurang sokongan rakyat dan parti.
Yahhh siapa boleh lupa kehebatan bekas TPM itu di dalam UMNO, gimana gagahnya beliau naik tak terhalang lagi, menggunakan apa saja kesempatan dah meluluhlantakkan karier politik sebahagian lain.
Atau dgn bahasa mudahnya, DSAI terlalu over confident. Maaf Datuk, ini bukan cara Malaysia. Sebagai boss, gimana sekalipun jahatnya dia, takkan senang dgn pembantunya yg penentang biarpun dalam kebenaran, apalagi mencoba utk menabrak dari belakang. DSAI dihabiskan dlm susun atur konspirasi yg terang nampak dan didiamkan di balik tembok.
Masa berlalu dan jiwa politikus takkan surut dan ibarat singa, DSAI mengaum sebaik dibebaskan. Percaturan Pak Lah utk menimbulkan rasa kurang enak Tun M dan Dato Najib dgn kehadiran DSAI memakan diri sendiri pabila diganyang oleh DSAI dan pasukannya dlm pilihanraya 2008.
Tuan tuan, dalam kehidupan Allah akan berlaku adil kepada kita. Sesuatu kejadian yg buruk itu akan berlaku beberapa kali dalam hidup kita semata2 utk melihat, adakah kita akan mengulangi kesilapan yg sama. Cerita tetap sama, hanya masa dan pelakon watak yg berbeza.
Ketika DSAI merasa terlalu yakin kemenangan besar pilihanraya 2008, beliau lupa bahawa beliau tetap belum berkuasa. Pak Lah yg dibenci rakyat itu tetap memegang kuasa seperti mana Tun M dibenci rakyat suatu ketika dahulu. Seharusnya beliau tunggu dan lihat, merancang dengan cermat utk peralihan kuasa rakyat. Malangnya sekali lagi beliau memukul gendang perang.
Kali ini dgn mencoba2 menggegar pemerintahan yg ada dgn cerita MP tukar sokongan, mendedahkan kepincangan Peguam Negara dan Ketua Polis serta orang2 besar lain dan bermacam2 ugutan lagi hanya utk menimbulkan kegelisahan yg tidak sedikit pada yg ditujukan.
Apakah beliau lupa bahawa tapak injaknya belum kuat? Apakah ‘perlu’ utk melakukan semua ugutan itu pada masa ini. Ketika rakyat yakin bahwa beliaulah bakal PM, beliau merosakkannya. Ini kali kedua beliau melakukan begitu (opssss… he did it again!!!). Sebelum pemecatan oleh Tun M, bukankah Tun M mengumumkan 2 kali di akhbar bahwa DSAI adalah pengganti beliau. Mengapa terlalu gopoh dan gelojoh sekali beliau.
Abg bear bukan politikus besar tapi ini dua nasihat utk DSAI kalau pun beliau terbaca blog ni.
Pertama, ketika Dr Mahathir menjadi timbalan, beliau seorang yg mendiam dan penurut. Melakukan apa saja kerja yg disuruh oleh bossnya Tun Hussein Onn. Oleh kerana itu Tun Hussein merasa selesa dan yakin yg dasar2nya tidak berubah bila meninggalkan kerusi PM. Setelah dilantik menjadi PM, barulah beliau menunjukkan dirinya siapa.
Bukankah cara begitu yg digunakan Pak Lah sehingga Tun M yakin yg Pak Lah adalah penurut dan takkan merubah dasar2nya kelak. Dan semua dapat melihat bahawa Dato Najib juga sekarang menggunakan cara yg serupa. Hubungan yg baik dengan boss adalah asas keharmonian politik di Malaysia. Rasanya kebimbangan bahawa DSAI akan merubah dasar2 beliau juga adalah punca DSAI dipecat oleh Tun M dahulu.
Keduanya, kalau betullah DSAI mempunyai begitu banyak bukti kerosakkan kerajaan yg sedia ada dan begitu pasti telah mendapatkan sokongan banyak MP, mengapakah beliau tidak menggunakan cara serang hendap (ambush). Perlu apa diisytiharkan saya punya bukti itu punya bukti ini?? Tidakkah itu hanya utk menunjuk nunjuk.
Pada zaman lampau pendekar yg turun ke medan laga menunjukkan kegagahan dirinya utk mudah dilihat sgt dikagumi tapi zaman sekarang kalau pendekar itu melakukan cara yg sama, beliau adalah tolol. Belumpun sampai ke tengah medan, beliau akan mati ditembak. Beliau harus manyembunyikan diri dan memasang sasaran. Apabila musuh sedang cuai dan leka, ketika itulah serangan dilakukan.
Bukannya dengan menyerang membabi buta dan bila disedari yg pihak musuh masih terlalu kuat, akhirnya terpaksa ‘disebunyikan di sana sini’. Alangkah memalukan cara begini DSAI.
Abg Bear barangkali orang kecil, tapi ingatlah, Singapura selamat dari serangan todak oleh fikiran seorang anak kecil, bukannya penasihat Raja.
Salam Sayang Beruang Madu